⇐ BALIK KE LAMAN UTAMA

Blog KakHani

QORBAN 2020 1441 HIJRAH , #KakHaniku

by | Blog

Tahun ini kak hani diberikan peluang untuk menunaikan ibadah kurban, kak hani niat untuk buat ibadah kurban sejak umur 18 tahun. πŸ€£πŸ˜‚

Waktu tu manalah ada duit, duit raya adalah sikit pastu guna untuk study. Biasanya nak study kak hani beli barang keperluan guna duit sendiri.😁

Masa pun berlalu dan kak hani sangat busy dengan kerja di Financial institutions dan tak berhenti rehat dengan kelas akaun dihujung minggu. Ya jadual kak hani memang padat tapi jarang kak hani ambil cuti. ❀️

Waktu degree dulu pun tak sempat dan sampai umur 25 tahun kak hani terlepas nak buat ibadah korban. Tapi kak hani selalu ingat nak buat sebab kak hani ada satu buku yang tulis apa yang kak hani nak buat sepanjang tahun.

Alhamdulillah tahun ni diberikan rezeki untuk buat kurban tapi bukan untuk kak hani sahaja untuk mak ayah juga. 😊

Sebelum register for ibadah kurban kak hani study balik kenapa kena buat ibadah korban ni. Sebab ianya sunat muaakad, Allah dah berikan banyak rezeki

dan masa untuk bersedekah dan meraikan hari Raya Haji dan

ustazah kak hani pun share binatang ini akan jadi saksi dan kalau boleh kita kena usaha kan juga untuk at least sekali seumur hidup.

1)Jangan fikir banyak sangat nak buat kebaikan ini tips kak hani. To be always simple and less complicated.

Lepas bincang dengan mak, mak cakap buat dekat kampong lah boleh bagi orang kampong. Kak hani pun onz sahaja hehe.

Lepas je kak hani buat pembayaran kak hani ajak satu keluarga untuk cukup kan bahagian lembu yang dikorban.

Prinsip kak hani yang kedua..

2)Kena ajak orang buat baik sama sama.

Alhamdulillah cukup 7bahagian ahli keluarga kak hani termasuk anak buah kak hani umur 7 tahun dia sanggup keluarkan duit dia untuk join ibadah kurban. MasyaAllah.